Saman terhadap Dr Asri Mohd_Nakhaie_Haji_Ahmad

Pada 22 Februari 2010, Ustaz Nakhaei memfailkan saman fitnah berjumlah RM1.5 juta terhadap bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin serta editor dan wartawan akhbar Sinar Harian. Mereka ialah Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Akhbar Cabaran Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub, Sri Diah, Azmi Tarmizi, Lailatun Khalilah Nasir dan Siti Azila Alis. Karangkraf adalah pemilik akhbar Sinar Harian. Syarikat Akhbar Cabaran pula adalah pencetak akhbar Sinar Harian.

Peguam dari Tetuan Ibrahim & Fuaadah memfailkan saman itu di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur. Plaintif menuntut ganti rugi fitnah berjumlah RM1.5 juta daripada kesemua defendan, ganti rugi teladan, ganti rugi punitif, faedah pada kadar 8 peratus setahun ke atas ganti rugi am, teladan dan punitif dari tarikh pernyataan tuntutan difailkan sehingga ke tarikh penghakiman.[5]

Fitnah itu berkaitan sidang media yang diberikan oleh Dr Asri pada 1 November 2009 dan disiarkan oleh Sinar Harian pada 2 dan 5 November 2009. Reputasi Nakhaei terjejas kerana seolah-olah Nakhaei menjadi dalang menentang perlantikan Dr Asri dilantik menjadi YDP YADIM dan berlaku penyelewengan dalam YADIM.